Asma burhutiyyah 13,14,15


13. Asma' ketiga belas " Kazhirin” Wazannya “takrimin”

Huruf Kaf difathah, huruf Zho disukun, huruf Ha Dikasroh, huruf Ya' disukun dan huruf Ra' disukun dan ditanwin.

Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan
makna Ya-Qawiyyu Ya-Matin dan Ya-Rahim. Isim ini merupakan tasbih
Nabi Yunus alaihissalam.

Khasiatnya :
• Menyakitkan Jin yang degil
Perbanyakkan membaca isim ini supaya jin yang merasuk merasa sakitd dan segera keluar dari badan.

14. Isim keempat belas “Namusyalakhin” Wazannya “banuqamarin”. Huruf Nun difathah, huruf Mim didhommah, huruf Wau disukun, huruf Syin difathah, huruf
Lam difathah, dan huruf kha dikasroh dan ditanwin

Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Allah Ya-Aziz, pendapat lain dengan makna Ya-Allah Ya-Hu.

Khasiatnya :
• Lepas dari penjara
Jika orang yang dipenjara sentiasa membacanya insya-Allah akand dilepaskan oleh Allah Taala.

• Menghentikan darah
Tulis Asma ini pada pakaian orang yang keluar/turun darah itu, insya-Allah akan berhenti dengan segera (Qolnahudin, Barsyanin, Kazhirin, Namusyalakhin).

15. Isim kelima belas “Barhayula” Wazannya “fai-alula”. Huruf Ba difathah, huruf Ra di sukun, huruf Ha difathah, huruf Ya didhommah, Wau nya disukun dan Lam difathah.

Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan
makna Ana Allah Amanal Khoifin.
Isim ini merupakan tasbih Nabi Ibrahim alaihissalam.

Khasiatnya :
• Melihat sesuatu dalam tidur
Untuk melihat sesuatu dalam tidur, maka sembahyanglah 6 rakaat
dengan 3 salam. Setelah sudah sembahyang, tulislah isim ini
sebanyak 7 kali pada tapak tangan kanan dan membaca :
( . )
dan tidurlah dengan miring ke kanan, insya-Allah dia akan dapat melihat dengan jelas perkara yang dia ingin tahu itu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Asma burhutiyyah 13,14,15"

Post a Comment